NORWICH – Manchester United berada dalam landasan terbaik untuk memburu kejuaraan Piala FA selepas mereka mara ke separuh akhir hasil kemenangan 2-1 ke atas Norwich.
Bagaimanapun skuad kendalian Ole Gunnar terpaksa bekerja keras untuk mengatasi Norwich yang beraksi 10 orang dan kapten, Harry Maguire muncul wira menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan di Carrow Road.
Gol pembukaan United menerusi Odion Ighalo dimbangi oleh Todd Cantwell namun Canaries kehilangan pertahanan Timm Klose yang dibuang padang kerana mengasari Ighalo pada minit ke-89.
Kelebihan itu digunakan sebaiknya United dalam masa tambahan di mana pertahanan England Maguire menemui sasaran untuk melebarkan rekod tanpa kalah mereka dalam semua pertandingan kepada 14 perlawanan.
United yang memenangi trofi Piala FA ke-12 mereka pada tahun 2016, terus berada di landasan terbaik untuk mara ke final kedua dalam tempoh tiga tahun. – MalaysiaGazette