Home Nasional Culik dan bunuh: Sheikh Ismail sudah ditahan, polis cari Vikneswarar pula

Culik dan bunuh: Sheikh Ismail sudah ditahan, polis cari Vikneswarar pula

Vikneswarar a/l Nagentiran.

KUALA LUMPUR – Polis Selangor sedang menjejaki seorang individu bagi membantu siasatan kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan baru-baru ini.

Individu tersebut adalah Vikneswarar a/l Nagentiran atau nama gelarannya Thamby@Vinod, 28.

Alamat terakhir Thamby adalah di nombor 587-144 New Green Park, 48000 Rawang Selangor.

Artikel berkaitan:Tujuh lelaki direman disyaki culik dan bunuh pemaju hartanah

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi ASP Farouq Fakhzan Mohd Nordin di talian 017- 2251403

Dalam pada itu, Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat mengesahkan Sheikh Ismail Sheikh Hassan atau El berjaya ditahan semalam.

Lelaki yang dikehendaki berhubung kes sama ditahan pada jam 7.30 malam di Bukit Sentosa, Kuala Kubu dan kini direman sehingga 5 Julai ini. – MalaysiaGazette

Kes culik dan bunuh: Polis cari Sheikh Ismail atau EL