Home Seni Hidup Restoran kembali diserbu, pengunjung rasa selamat

Restoran kembali diserbu, pengunjung rasa selamat

Orang ramai mula kembali menikmati selera di restoran sepanjang PKPP ini.

KUALA LUMPUR – Pemilik restoran kini kembali ceria dengan kehadiran pengunjung, sekali gus memberi kelegaan selepas pendapatan mereka terjejas sebelum ini.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membolehkan mereka menarik nafas lega dengan bilangan pengunjung yang semakin meningkat.

Tidak ketinggalan restoran stimbot dan panggang, Pak John Steamboat & BBQ (Pak John) yang telah beroperasi sepenuhnya selepas lebih dua bulan tidak beroperasi sejak 18 Mac lalu.

Pengarah Urusan Pak John, CS Chong berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak menjadi penghalang buat pengunjung untuk datang menikmati menu yang disediakan.

Malah katanya, pengunjung berasa lebih selamat kerana pemilik restoran tetap mengamalkan SOP yang ketat sepanjang PKPP ini.

“Butiran pelanggan yang datang seperti nama penuh, nombor telefon serta mengambil suhu badan pekerja dan pelanggan akan direkodkan melalui kod bar.

“Di dalam restoran pula, susan atur meja ditetapkan dengan jarak dua meter antara meja bagi memastikan penjarakan sosial walaupun satu meja kini dibenarkan melebihi dua pengunjung,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini baru ini.

Peminat stimbot dan panggang kini dapat kembali menikmati menu kesukaan mereka.

Chong menambah, pihaknya yakin PKPP mampu memberi nafas kelegaan kepada makanan dan minuman untu Kembali menjana ekonomi.

“Namun saya berharap pelanggan akan sentiasa beringat dan berwaspada untuk keluar menjamu selera agar memiliki kesedaran tinggi bahawa virus Covid-19 belum ada penawarnya,” katanya.

Sementara itu, sejak arahan PKP, Pak John mengambil inisiatif baharu apabila tampil kreatif dengan menyediakan menu ringkas yang digoreng selain nasi lemak secara atas talian.

Pak John sebelum ini terkenal dalam kalangan peminat stimbot dan panggang kerana menyediakan lebih 150 menu pada harga yang berpatutan.

Restoran itu kini memiliki dua cawangan di IOI City Mall Putrajaya dan e-Curve Damansara.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian 012-7050 684. – MalaysiaGazette

Pak John juga menawarkan menu kepingan daging seperti ayam, itik, kambing dan abalone yang disediakan di kaunter khas.