TERKINI : KKM Bimbang Penjarakan Sosial Pengunjung di Taman Tema Air – Noor Hisham

PUTRAJAYA – Isu penjarakan sosial menjadi kebimbangan utama Kementerian Kesihatan apabila Taman Tema Air dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Julai ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya risau kehadiran pengunjung dalam jumlah yang ramai sehingga sesak tanpa penjarakan sosial memungkinkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kesihatan Awam yang dikuatkuasakan tidak terlaksana sepenuhnya.

“Kita menasihatkan semua orang serta taman tema air berkaitan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan dan juga menjaga kebersihan premis.