Kerajaan akan menyerahkan keputusan kepada institusi bank terbabit sama ada untuk melanjutkan tempoh moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman kewangan yang berakhir September ini.
Namun Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Tengku Abdul Aziz secara peribadi berpendapat, golongan masyarakat yang terkesan dengan wabak Covid-19 sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu diberi keutamaan untuk dibantu.
Jelas beliau, institusi bank boleh menyasarkan kepada kumpulan yang terjejas seperti hilang pekerjaan dan gaji yang dipotong untuk meneruskan tempoh penangguhan pembayaran itu.
Mana ada bank nak sambung moratorium lagi tanpa arahan kerajaan. Klu ada pun mesti bersyarat dgn faedah yg tinggi.