Home Politik Anwar nafi berkomplot dengan ‘watak pengkhianat’

Anwar nafi berkomplot dengan ‘watak pengkhianat’

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafi sekeras-kerasnya dakwaan beliau merancang kerjasama dengan beberapa  ‘watak pengkhianat’.

“Saya ingin merujuk dan menjawab tohmahan segelintir kumpulan kononnya saya sedang merencana dengan beberapa watak pengkhianat.

“Ingin saya tegaskan ia ternyata helah kelompok yang kemaruk kuasa. Fitnah akan dijadikan dalih dan alasan mereka bertapak,” kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Anwar sekali lagi menegaskan beliau tidak berkomplot di belakang seperti sesetengah pihak yang lain.

”Saya tidak berkomplot di belakang seperti sesetengah pihak yang lain,” tambahnya yang juga memaklumkan kerjasama yang dirujuk itu tidak pernah dibincang dalam partinya atau di peringkat Pakatan Harapan.

Anwar berkata, perkara tersebut juga tidak dibangkitkan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin.

”Maka saya membantah sekerasnya dakwaan tersebut,” katanya.

Semalam, DAP dan Parti Amanah Negara berkata mereka menolak sebarang perjanjian atau usaha membuat perjanjian dengan mereka yang terlibat dalam ‘Langkah Sheraton’, yang menumbangkan Kerajaan Pakatan Harpan.

Mereka ialah Muhyiddin, Hamzah Zainuddin dan Menteri Perdangan Atarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Dahulu Non pernah menjadi timbalan kepada Atok, mungkin bekas bosnya ini faham benar dengan karakter2 Non sebenarnya!

    Sehingga kini Atok masih muskil dan tidak mahu Non menjadi PM!

Comments are closed.