Home Dunia EU benar kemasukan rakyat dari 14 negara

EU benar kemasukan rakyat dari 14 negara

LONDON – Kesatuan Eropah (EU) telah menamakan 14 buah negara yang mana warga negaranya dibenar memasuki negara-negara di bawah naungan kesatuan tersebut mulai 1 Julai ini meskipun dunia masih berdepan dengan pandemik Covid-19.

Namun, Amerika Syarikat (AS), Brazil dan China tidak termasuk dalam senarai tersebut.

Negara-negara yang dibenarkan adalah Australia, Kanada, Jepun, Morocco dan Korea Selatan.

EU bersedia menambah China sekiranya kerajaan negara itu menawarkan perjanjian timbal balik untuk pelancong EU, kata diplomat.

Kawalan sempadan EU telah ditarik balik untuk warga EU yang melakukan perjalanan di dalam blok tersebut.

Bagaimanapun, peraturan untuk pelancong United Kingdom adalah secara berasingan dalam rundingan Brexit.

Warga negara UK masih menerima layanan yang sama seperti warga EU sehingga akhir tempoh peralihan Brexit pada 31 Disember.

Ketika itu nanti warga UK dan ahli keluarga mereka dikecualikan daripada sekatan perjalanan sementara.

Dalam senarai “selamat” semasa, yang mungkin akan dipinda, adalah Algeria, Australia, Kanada, Georgia, Jepun, Montenegro, Maghribi, New Zealand, Rwanda, Serbia, Korea Selatan, Thailand, Tunisia dan Uruguay.

UK ketika ini sedang merundingkan “jambatan udara” dengan beberapa negara anggota EU, dengan itu pandemik koronavirus tidak menyekat sepenuhnya percutian musim panas – musim paling sibuk di Eropah untuk pelancongan, yang membabitkan berjuta-juta orang pekerja.

Prosedur EU untuk memformalkan senarai tersebut dan kriteria yang menilai negara mana yang selamat atau sebaliknya akan dimuktamadkan pada tengah hari Selasa.

Majoriti negara yang diberi kelayakan itu – sekurang-kurangnya 55% negara-negara EU, yang mewakili 65% penduduk EU – telah didaftar dalam senarai. – MalaysiaGazette