Home Dunia Kes koronavirus meningkat, Leicester dikenakan sekatan pergerakan

Kes koronavirus meningkat, Leicester dikenakan sekatan pergerakan

Penduduk di bandar Leicester dikenakan sekaran pergerakan ekoran peningkatan kes koronavirus. foto Agensi

LONDON – Kerajaan Britain melaksanakan sekatan pergerakan di Leicester susulan lonjakan kes jangkitan Covid-19 berbanding di kawasan lain.

Ia merupakan langkah pertama diambil untuk mengekang penularan wabak dalam kalangan bandar.

United Kingdom telah melonggarkan sekatan pergerakan secara berperingkat-peringkat dengan kedai-kedai bukan keperluan utama dibenarkan buka tetapi tidak di Leicester.

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock berkata, kadar jangkitan tujuh hari di Leicester adalah 135 kes bagi setiap 100,000, tiga kali lebih tinggi dan mewakili 10% daripada semua kes positif di negara ini sejak minggu lalu.

“Melihat peningkatan kes di Leicester, kami tidak boleh mengesyorkan kelonggaran pergerakan yang akan dilaksanakan pada 4 Julai ini di bandar ini.

‘Mulai esok, kedai bukan menjual barangan penting perlu ditutup. Sekolah juga perlu ditutup mulai hari Khamis,” katanya.

Kanak-kanak tetap berisiko rendah, tetapi kemungkinan akan menyebarkan penyakit ini.

Hancock menggesa orang ramai untuk mengelakkan semua perjalanan tidak penting ke dan dari Leicester dan di dalam bandar, yang terletak di tengah England.

Kawasan sekitar di daerah Leicestershire juga termasuk dalam tindakan tersebut.

United Kingdom adalah negara Eropah yang paling parah dilanda wabak koronavirus dari segi kematian, dengan jumlah setakat ini sebanyak 43,575. – MalaysiaGazette