Home Utama Agong ingatkan rakyat agar berdisiplin

Agong ingatkan rakyat agar berdisiplin

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat mematuhi garis panduan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan pembukaan semula lebih banyak sektor hari ini.

Menerusi hantaran dalam akaun Facebook Istana Negara, baginda mengingatkan rakyat agar berdisiplin dengan amalan kebiasaan baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Seruan itu dibuat oleh baginda berikutan pembukaan lebih banyak sektor sosial dan prasekolah, tabika dan tadika swasta dan kerjaan pada hari ini. – MalaysiaGazette