Home Nasional Kerajaan P. Pinang sedia beri kerjasama kepada SPRM

Kerajaan P. Pinang sedia beri kerjasama kepada SPRM

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk surat permohonan yang dihantar untuk merakam percakapan beberapa pemimpin negeri dipercayai berkaitan projek terowong dasar laut.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang semalam.

“Saya difahamkan bahawa perintah reman telah dikeluarkan untuk menahan beliau (bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang) bagi membantu siasatan tetapi kita tidak tahu apakah kandungan siasatan tersebut, dan kita serahkan kepada SPRM untuk menjalankan tugas mereka.

“Bagaimanapun, kita jangkakan siasatan tersebut mungkin berkaitan dengan projek terowong dasar laut.

“Bagi pihak kerajaan negeri, pendirian kita adalah untuk memberikan kerjasama sepenuhnya supaya sisatan boleh dijalankan walaupun siasatan pernah dijalankan dan ditamatkan sebelum ini,” tegasya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Project Delevery Partner bersama SRS Consortium bagi pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) seperti laporan Buletin Mutiara.

Mengulas lanjut, Kon Yeow turut memaklumkan krajaan negeri turut menerima surat daripada SPRM bagi merakam percakapan beberapa pemimpin negeri dalam kes berkaitan.

“SPRM minta beberapa ahli Exco termasuk yang berkhidmat pada penggal lepas, mungkin kerana mereka pernah memegang jawatan semasa tender projek terowong dasar laut dijalankan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kon Yeow menjelaskan kenyataan beliau sebelum ini berkaitan siasatan terhadap Konsortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. (Zenith) dan pengerusinya, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli telah selesai adalah berdasarkan salinan surat SPRM yang diterima pada April tahun lepas.

“Surat bertarikh 2018 itu memaklumkan bahawa siasatan SPRM ke atas Datuk Zarul dan Zenith telah selesai serta tidak ada pertuduhan dikenakan terhadap kedua-duanya, dan salinan diberikan kepada pejabat saya pada April 2019 untuk memaklumkan kedudukan pada masa itu,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa SPRM menahan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ketika beliau sedang memberikan keterangan berkaitan kes projek terowong dasar laut di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang semalam.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Klu gentleman, jangan masuk campur let SPRM do their job.

    Don’t comment or issue any denial

Comments are closed.