Home Politik Mana hilangnya jati diri DAP bila Jata Negara dihina?

Mana hilangnya jati diri DAP bila Jata Negara dihina?

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. foto HAZROL ZAINAL, 05 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mempersoalkan jati diri dan patriotisme pemimpin DAP dalam isu menghina Jata Negara.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, sikap itu terserlah apabila pemimpin DAP itu mempertahankan penerbit dan penulis buku tersebut atas nama seni dan kebebasan bersuara.

“Apakah atas dasar kebebasan bersuara maka terhalallah segala bentuk penghinaan dan kebiadaban terhadap lambang kedaulatan negara?

“Apakah pimpinan DAP ini sudah hilang jati diri dan nilai cintakan negara sehingga tergamak mempertahankan perilaku curang terhadap Jata Negara yang merupakan maruah negara?

“Kenapa pimpinan DAP ini bagaikan sudah terhakis patriotisme dalam sanubari sehingga bertegas nak sentuh lambang kedaulatan negara kita?” soalnya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya hari ini.

Beliau mengulas laporan portal MalaysiaKini hari ini berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Chiong Yoke Kong yang membidas pendirian sayap UMNO itu terhadap penghinaan Jata Negara.

Menurut Yoke Kong, sayap parti itu tidak sewajarnya terlalu sensitif dengan isu penghinaan Jata Negara kerana ia bertentangan dengan seni dan prinsip kebebasan bersuara.

Malah Pergerakan Pemuda UMNO itu diminta untuk berhenti menimbulkan rasa takut kerana ia boleh menghalang masyarakat daripada meluahkan pemikiran mereka melalui seni.

Asyraf juga menegaskan sekiranya sikap seperti itu terus ditunjukkan pemimpin DAP malah menghalalkan tindakan penghinaan itu, rakyat sewajarnya memastikan hayat parti itu berakhir daripada terus berpolitik di negara ini.

“Kalau beginilah sikap DAP, maka memang wajar sekali Kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh setelah hanya 22 bulan memerintah.

“Malah PH dan DAP ini harus dikuburkan terus daripada persada politik negara oleh rakyat!” katanya lagi. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Puak ni mana ada jati dari. Mereka semua opprtunis di mana hanya uang dan uang sahaja main peranan. Boleh je semua penganut yang mengguna lambang swastika adalah pengikut diktator hitler dan rakyat sekarang tak persetujui sekolah2 kerajaan aliran china dan tamil diwujdkan. Abu2 chin peng mesti dibuang ke laut.

  2. …SENI…..HAHAHAHAHA

    ….saya cadangkan logo dap@komunis tu…dari logo roket tukar ke logo b*t*h…baru le seni….

  3. Sejarah tidak mungkin terpadam…
    Semak sejarah penghinaan2 yg tertutup terhadap negara, institusi raja melayu dan islam…
    Sedarkah kita wahai rakyat yg kononnya mempunyai jatidiri?

  4. The National Emblem is our national symbol. All Malaysians, regardless of race and religion should respect it. Please take action on those responsible for the publication of the book. The police should not just accept their word of sorry. Their act is a disgrace to the country. If the police fails to take action on them, then this sort of a thing will be a recurring one in the country. By penalizing them will serve as a lesson to others who intend to carryout such an act. I strongly believe, DAP must be behind the publication of the book.

Comments are closed.