TEHRAN – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh selepas berlaku letupan berlaku di Pusat Perubatan Sina Athar di Tehran.
Jumlah korban dijangka meningkat.
Letupan itu dipercayai disebabkan kebocoran paip gas dan bomba mengambil beberapa jam untuk mengawal api.
Kebanyakan mangsa yang terkorban adalah wanita.
Setakat ini, masih ramai pesakit yang cedera masih berada di pusat perubatan tersebut.
Pihak berkuasa memberitahu, ada mangsa berada di dalam bilik pembedahan di tingkat atas termasuk pesakit yang sedang menjalani pembedahan dan individu-individu yang bersama pesakit ketika kejadian berlaku.
Jurucakap bomba, Jalal Maleki berkata, mereka yang meninggal dunia disebabkan terhidu asap tebal dan bahang kepanasan.
Kejadian ini berlaku beberapa hari selepas letupan menggegarkan Iran berlaku berhampiran kemudahan tentera, juga dimaklumkan akibat kebocoran gas. – MAlaysiaGazette