Home Politik Salleh Keruak mohon sertai semula UMNO

Salleh Keruak mohon sertai semula UMNO

Datuk Seri Salleh Said Keruak
Datuk Seri Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini mengesahkan ada menghantar permohonan untuk menyertai semula UMNO.

Menurut Salleh yang juga bekas Bendahari UMNO itu, beliau telah menghantar permohonan itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 26 Jun lalu.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menyifatkan tindakan beliau keluar dari UMNO pada 12 Disember 2018 sebagai satu kekhilafan.

“Kini saya menyerahkan kepada UMNO khususnya Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Majlis Tertinggi dan Ketua UMNO Sabah diketuai oleh Bung Moktar untuk menimbang permohonan tersebut.

“Saya berhasrat menyumbang sepenuh usaha dan tenaga bersama UMNO untuk meneruskan agenda perjuangan membina Malaysia yang tercinta,” kata Salleh dalam catatan terbaru di blog beliau.

Semalam, Bung Moktar mengesahkan pihaknya menerima surat permohonan Salleh untuk menyertai semula UMNO, dan ia sedang dipertimbang dan diperhalusi untuk kelulusan.

Keputusan Salleh itu dibuat selepas beliau membatalkan permohonannya untuk menyertai PKR pada April lalu selepas memikirkan secara mendalam dan mengambil kira landskap politik hari ini termasuk pergolakan dalaman PKR.

Salleh memohon menyertai PKR pada Oktober tahun lalu selepas beliau bersama sebilangan besar pemimpin UMNO Sabah bertindak keluar parti pada Disember 2018. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Salleh batalkan permohonan sertai PKR

3 Komen

  1. Dalam perjuangan, biar apapun perjuangan yang halal di sisi Tuhan, kita harus beristiqamah. Jangan lari separuh jalan. Contohilah DSN dan sejumlah besar pemimpin dan ahli dalam UMNO dan PAS. Dalam masa senang atau susah, menang atau kalah, mereka senantiasa bersama jama’ah dan selalu mengharapkan pertolongan Allah. Jangan ikut jejak Mahathir, Anwar, Mat Sabu, Mahfuz, Khalid Samad, anak Tuan Guru Nik Aziz dalam PAN dan lain-lain lagi dalam PH. Semua mereka asyik nak menang dan mau mencari keuntungan. Mereka itu bukan pemimpin dan pejuang yang sejati. Mereka sanggup menjual maruah diri, maruah bangsa, maruah agama, dan prinsip hidup Muslim demi mengejar populariti dan kesenangan dunia yang sementara ini. Semoga Allah menjauhkan kita perangai buruk sedemikian.

  2. Buat agreement dulu kalau keluar parti atau dipecat waktu jadi wakil rakyat, letak jawatan wakil rakyat dan undi semula atau buat akta demikian.

  3. Jgan bagi apa apa jawatan. Ajar sikit org talam bermuka muka dan parasit cam dia ni. Dulu pun dia ni liabiliti ja dlm BN. Statement bodoh2 ja keluar sampai rakyat benci kerajaan dulu.

Comments are closed.