Home Politik Anwar gesa AG kaji semula permohonan Malaysiakini

Anwar gesa AG kaji semula permohonan Malaysiakini

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Peguam Negara mengkaji semula permohonan Malaysiakini

Beliau merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan portal berita berkenaan untuk membatalkan prosiding mengenai komen pembaca yang menghina mahkamah.

“Adalah salah dan keterlaluan untuk memangsakan media dan saya menggesa Peguam Negara untuk mengkaji semula tindakan tersebut kerana ia akan mengesankan imej dan reputasi Malaysia di mata dunia.

“Kita tidak harus mencontohi rejim sebelum ini yang mengenakan sekatan kepada pihak media dalam menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, sejak kebelakangan ini pihak media tidak terlepas daripada menjadi sasaran penguasa.

Antara yang terkesan termasuk Ketua Pengarang portal berita kesihatan CodeBlue, Boo Su-Lyn dan wartawan South China Morning Post (SCMP), Tashny Sukumaran.

“Ingin ditegaskan peranan media dalam sistem demokrasi pada ketika ini sangat penting maka kerajaan harus memperlihatkan etika dan tatacara terbaik dan bukan mengundur ke belakang,” katanya.

Media menurutnya berfungsi sebagai ejen penting dalam menyebarkan maklumat. Justeru, saya melihat apa saja bentuk hukuman kepada mereka sebagai bertentangan dengan semangat demokrasi dan negara hukum. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Biarkan lah peguam2 masing berhujah didepan hakim, itu kan lebih demokrasi!

    Membuat berita tidak betul @palsu bukanlah amalan demokrasi!

    Susah sangat ke Non, atau sengaja mahu menanam BENCI?

  2. Rule of law applies to all. Anwar will approve anything that favours him. He is not a man of principle. Hope Anwar, Mahathir, Guan Eng, Kit Siang and the goons in DAP disappears from the political arena of this country. Malaysia cannot move forward because of these leaders. Moreover, Malaysia will be a peaceful and prosperous country when they disappear or retire from politics.

Comments are closed.