Home Nasional IPS laksana penggiliran pelajar jika perlu

IPS laksana penggiliran pelajar jika perlu

JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Institusi Pendidikan Swasta (IPS) akan membuat penggiliran kehadiran pelajar sekiranya kapasiti ruang tidak mencukupi selepas mengambilkira penjarakan sosial.

Namun ia tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan bersama antara IPS dengan ibu bapa.

Itu antara penjelasan KPM dalam garis panduan pembukaan semula IPS kategori pusat sebagai langkah keselamatan menghindari Covid-19 hari ini.

IPS juga dibenarkan menggunakan premis tambahan sekiranya kapasiti ruang tidak mencukupi.

Selain itu, pengurus IPS perlu mendaftarkan premis IPS dalam aplikasi MySejahtera selain memastikan semua pelajar, tenaga pengajar dan pekerja memuat turun aplikasi MySejahtera dan mendaftar masuk di aplikasi apabila memasuki premis IPS.

Mereka juga perlu menyediakan pelan pergerakan pelajar antara bilik darjah, bilik khas dan ruang terbuka di premis IPS semasa sesi pembelajaran berlangsung dengan mengambil kira penjarakan sosial bagi meminimumkan kontak fizikal antara pelajar.

Mereka juga perlu melaksanakan tindakan yang ditetapkan dalam Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah dan Garis Panduan Pembukaan Semula Institusi Pendidikan Swasta Kategori
Pusat.

“Pelajar hendaklah mendaftar masuk ke aplikasi MySejahtera setiap kali memasuki premis IPS. Pelajar yang tidak mempunyai nombor telefon atau akses kepada telefon pintar, ibu bapa atau penjaga boleh mendaftar masuk anak masing-masing melalui fungsi “urus tanggungan” dalam aplikasi tersebut,” kata KPM dalam satu kenyataan hari ini.

Pelajar pula hanya dibenarkan masuk ke bilik darjah yang ditetapkan sahaja dan tidak dibenarkan bergerak ke bilik darjah lain tanpa kebenaran Pengurus IPS.

“Pengurus IPS hendaklah meminimumkan laluan masuk dan keluar premis bagi memastikan kawalan pergerakan terarah yang lebih berkesan.

Pengurus IPS hendaklah memastikan pergerakan dan
kedudukan pelajar di ruang makan mematuhi arahan penjarakan sosial yang ditetapkan.

“Penggunaan ruang makan bergantung kepada kapasiti ruang dengan mengambil kira penjarakan sosial dan pelajar perlu segera beredar setelah selesai makan,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette