KUALA LUMPUR – Kenanga Investment Bank Berhad (Kenanga Investment Bank) mengumum pelantikan Pengerusi baharunya, Tan Sri Syed Zainol Anwar Syed Putra Jamalullail berkuat kuasa pada 1 Julai 2020.
Syed Anwar Jamalullail menggantikan Izlan Izhab.
Syed Anwar Jamalullail juga merupakan Pengerusi Nestle (Malaysia) Berhad, Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Pampasan serta ahli Jawatankuasa Audit bagi syarikat tersebut.
Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi S P Setia Berhad dan Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan bagi syarikat yang sama, di samping Pengerusi Lembaga Zakat Selangor serta Canselor Universiti SEGi. – MalaysiaGazette