KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mengesahkan mesyuarat bersama Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) dua minggu lalu bersetuju menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, kedua-dua parti, iaitu UMNO dan Pas bersetuju dengan pencalonan itu dan akan dibawa ke saluran parti masing-masing untuk perbincangan.
“Dua minggu lalu kita (MN) ada bincangkan perkara ini di peringkat dua parti, UMNO dan Pas. Kami capai kata sepakat bersetuju untuk memberi sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan anggota kepada PN.
“Apa yang disebut oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai perkara ini adalah yang dibincang bersama dan keputusan dibuat mengikut pendirian bersama,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan lesen sementara kepada 97 penjaja di Taman Setapak Indah, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa Pas menzahirkan dukungan terhadap kepimpinan Muhyiddin dan permuafakatan politik PN demi mensejahterakan negara dan rakyat.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, mereka bermuafakat untuk memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. – MalaysiaGazette
Bagus sangat cadangan MN ni, bersama2 MEMBINA semula negara Islam yang progressive, moden dan berwawasan!
22 bulan dibawah DAP dan KHADAMnya sangat memeritkan!
Habis Pie Afdal cam mana??? haaaa
PIE AFDAL lupakan ajalah tak ada tokoh
Apa shj yg keluar drp.mulut ahli politik tanpa kira parti manapun di Msia ini jauh sangat utk dipercayai. Sampai masa tikam menikam, rebut kuasa dan kekayaan tetap berlaku. Lompat parti jgn dihairankan lagi. Katanya atas kebebasan berpersatuan dan demokrasi walhal mandat rakyat dibakul sampahkan. Tunggulah PRU15 nanti, tak merasalah kamu orang undi rakyat lagi.