CHINI – ‘Saya akan jadi jambatan kepada masyarakat Chini’.
Demikan kata-kata calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain kepada para pengundi di Chini.
Berbaki sehari lagi bagi kempen PRK ini, Mohd Sharim memohon agar warga kawasan ini memberikan undi bagi mengekalkan kerusi BN di Chini.
“Saya calon BN merayu dan memohon kepada semua yang ada untuk beri kepercayaan kepada saya jadi wakil rakyat bagi membawa suara penduduk kawasan ini dan dipermudahkan segala urusan.
“Selaku orang muda saya jambatan kepada orang lama untuk santuni orang tua,” katanya ketika mengadakan lawatan di program ramah mesra bersama warga Al Wardah, di Chini 5 hari ini.
Hadir sama bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Sharim juga berkata beliau selaku orang muda percaya pengundi muda juga mahukan pelbagai pembangunan dirancang dengan pesat di Chini.
“Orang muda pastinya mahu melihat kepada sektor pembangunan untuk masa depan akan datang.
“Saya akan pikul tanggungjawab ini dengan integriti untuk masyarakat Chini,” katanya lagi.
Esok adalah hari terakhir bagi kempen PRK DUN Chini yang bermula sejak 19 Jun lalu.
PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.
Pada PRU-14, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon Pas, Mohd Fadhil Noor yang memperoleh 5,405 undi manakala calon PKR, Mohamad Razali Ithnain mendapat 1,065 undi.
PRK DUN Chini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain dan dua calon bebas, iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli dan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin. – MalaysiaGazette
Najib turun Chini, bagus ada engagement! Jiwanya bergitu, dari kechil lagi sudah dibawa Tun Razak ke kampung2, felda2.
Non ada turun Chini? Atau Non ada turun PD? Apa khabo Maniam, Muniandy PD?