Lebih tiga bulan panggung wayang di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi ekoran penularan wabak Covid-19 menjadikan ‘kaki wayang’ teruja untuk kembali ke pawagam bagi menonton filem terbaharu.
Tinjauan MalaysiaGazette di Golden Screen Cinemas (GSC) IOI City Mall pada hari pertama pembukaan semula aktiviti pawagam mendapati para pengunjung tidak lagi kekok dalam mengamalkan normal baharu dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sebelum memasuki premis, setiap pengunjung diwajibkan untuk mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera serta diperiksa suhu badan oleh pekerja pawagam.