Kita selalu mendengar kisah penjenayah terkenal Botak Chin namun tak ramai yang memperkatakan tentang keberanian sekumpulan pegawai polis yang diberi amanah untuk menangkap lelaki tersebut. MalaysiaGazette berjaya menjejaki salah seorang daripada ‘wira yang tak didendang’ ini.
Pegawai polis ini berkongsi pengalamannya terlibat dalam operasi berbalas tembak dengan Botak Chin termasuk kisah bagaimana beliau menjadi sasaran untuk dibunuh oleh penjenayah licik dan konco-konconya itu.