Raja-Raja Melayu adalah raja saya. Itu kata Presiden MIC, Tan Sr Vigneswaran dalam pertemuan eksklusif bersama MalaysiaGazette. Menyoroti bicara dari hati ke hati, bekas Speaker Dewan Negara yang amat fasih berbahasa Melayu ini bercakap tentang krisis Perlembagaan yang akhirnya ‘merampas’ kuasa Raja-Raja Melayu.
Beliau juga menyingkap tentang MIC yang katanya sedang bangkit semula selepas ‘dibuang ke laut’ berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.