BANDAR SERI BEGAWAN – Brunei tidak melaporkan sebarang kes baharu Covid-19 semalam.
Dengan itu, jumlah kes jangkitan Covid-19 kekal 141.
Ia merupakan hari ke-56 berturut-turut tanpa kes baru sejak 7 Mei.
Menurut Menteri Kesihatan Brunei, Dr Mohd Isham Jaafar, tidak ada kes aktif yang dirawat di Pusat Pengasingan Nasional.
Sementara itu, pada masa ini terdapat 491 individu yang menjalani pengasingan wajib di pusat pemantauan yang disediakan oleh kerajaan bagi mereka tiba di negara ini setelah melakukan perjalanan ke luar negara.
Terdapat tiga kematian akibat Covid-19 di Brunei dan sejumlah 138 pesakit telah pulih. – MalaysiaGazette