Home Seni Hidup Islamic Relief mohon sumbangan untuk Yaman

Islamic Relief mohon sumbangan untuk Yaman

KUALA LUMPUR – Islamic Relief Malaysia telah melancarkan kempen Dariku Untukmu… Selamatkan Mereka! YAMAN untuk mengumpul dana sebanyak RM300,000 bagi membantu rakyat Yaman.

Bantuan yang bakal diberikan menjurus kepada tiga sektor utama iaitu makanan, air, sanitasi dan kebersihan, serta barangan bukan makanan (NFIs).

Ketika ini, seluruh pejabat pengumpulan dana Islamic Relief sedang giat menjalankan kempen bantuan untuk Yaman bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu dan situasi semasa yang berlaku di Yaman sekaligus mengumpul dana bagi membantu mereka yang terjejas di sana.

Yaman, antara salah satu negara termiskin di wilayah Arab berdepan krisis kemanusiaan paling buruk sejak konflik bersenjata bermula pada Mac 2015.

Krisis selama lima tahun itu telah memusnahkan kebanyakan infrastruktur di Yaman termasuk pusat-pusat kesihatan dan melumpuhkan akses keperluan asas seperti makanan, kesihatan, nutrisi, penempatan, pendidikan, air & sanitasi serta jaringan keselamatan sosial.

Lebih memburukkan keadaan, wabak kolera masih berlarutan dan terbaharu, penyebaran Covid-19 turut menjangkiti penduduk Yaman sehingga mengakibatkan kematian.

Situasi yang semakin memburuk di Yaman menyukarkan penduduk Yaman untuk mendapatkan bekalan makanan apatah lagi sumber air yang bersih dan situasi Covid-19 memburukkan lagi keadaan apabila jutaan rakyat Yaman tidak lagi dapat bekerja bagi menampung kehidupan akibat pelaksanaan langkah pencegahan yang ketat.

Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, sumbangan boleh disumbangkan di dalam akaun tertera di bawah:

MAYBANK ISLAMIC | 5621 4270 8704
MBSB BANK | 1005 0251 0000 0166
CIMB ISLAMIC | 860 2073818
BANK ISLAM | 12 029 01 006564 3
AFFIN ISLAMIC | 10 671 000278 4
BANK RAKYAT | 11080 10000 35 – MalaysiaGazette