
KUALA LUMPUR- Kerajaan dijangka membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 pada awal tahun depan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beberapa pindaan perlu dibuat berikutan perubahan landskap ekonomi pasca Covid-19.
“Perubahan (akibat) Covid-19 pasti ada.
“Kita perlu ambil kira cara bekerja (pasca Covid-19), perniagaan juga ada perubahan termasuk melibatkan pendigitalan.
“Sebab itu, RMK12 perlu dilihat semula,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian di antara beberapa syarikat bagi pelancaran e-dompet dan kewangan digital MyPay di sini hari ini.
RMK-12 sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Ogos ini.- MalaysiaGazette