Home Sukan Bapa Khabib meninggal dunia

Bapa Khabib meninggal dunia

khabib-e1587935875648
Khabib Nurmagomedov (kanan) bersama bapanya, Abdulmanap.

MOSCOW – Bapa Khabib Nurmagomedov, Abdulmanap dilaporkan meninggal dunia selepas lama bertarung dengan kompilasi akibat Covid-19.

Abdulmanap yang berusia 57 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di sini semalam.

Dia juga merupakan jurulatih Khabib.

Abdulmanap diktakan mengalami serangan jantung selepas dijangkiti virus bahaya itu yang memerlukan pembedahan segera.

Dia kemudiannya dua kali terpaksa diletakkan dalam keadaan koma dengan keadaannya dilaporkan ‘serius tapi stabil’ sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Pemimpin Republik Chechen dan rakan rapat keluarga Nurmagomedov, Ramzan Kadyrov melaporkan berita itu hari ini. – Agensi

d81cd2e044ebe85cec7af5c348a24d31?s=150&d=mp&r=g
+ posts