Home Politik Naib Ketua Wanita PKR Kelantan keluar PKR

Naib Ketua Wanita PKR Kelantan keluar PKR

Nor Rosmanis bersama sayap Wanita Kelantan mengisytiharkan keluar PKR serta merta berikutan tindakan jahil pimpinan tertinggi parti memecah pemimpin-pemimpin Wanita yang banyak berkorban demi kelangsungan parti sejak 1999.

KUALA LUMPUR – Selepas Selangor dan Johor, kini sayap wanita Keadilan di Kelantan pula berundur dari parti sambil mendakwa tindakan pimpinan tertinggi PKR yang memecat Ketua Wanitanya Haniza Mohamed Talha baru-baru ini.

Nor Rosmani Mohd Noor hari ini mengumumkan dia selaku Naib Ketua Wanita Keadilan Kelantan bersama sayapnya mengumumkan tindakan keluar parti itu sebagai tanda solidariti terhadap Haniza dan juga bantahan terhadap penganiayaan parti tersebut yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan terbaharu pengumuman itu, Nor Rosmani berkata, mereka akan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

“Keputusan ini adalah kerana saya telah menyaksikan perbalahan tak henti politik peringkat tertinggi dengan pelbagai keputusan memeranjatkan.

“Seorang demi seorang pemimpin wanita saya dijadikan mangsa korban dipecat begitu mudah tanpa sebarang alasan munasabah dan soal selidik serta tidak mengenang sedikitpun pengorbanan pemimpin wanita keadilan selama ini,” katanya.

Menurut Nor Rosmani, dia telah menyaksikan bagaimana ibu bapanya berkorban masa dan tenaga demi pembebasan seornang pemimpin bernama Anwar.

“Saya difahamkan pada ketika itu, Anwar dilihat sebagai pemimpin yang boleh bawa masa depan cerah ke arah Malaysia baharu dan mendukung nilai murni dan keadilan untuk semua.

“Malangnya kini, semua menjadi sia-sia rupanya apabila kebebasan yang dilaungkannya selama ini hanya menjadi milik beliau (Anwar) semata-mata.

“Beliau lupakan jasa dan pengorbanan mereka (sayap wanita) dan mana perginya konsepnya dulu yang kononnya ingin membela keadilan rakyat kerana beberapa hari lepas satu lagi ketidakadilan mengejutkan saya yang mana Ketua Wanita Keadilan Pusat Haniza dipecat,” ujarnya.

Tegasnya,sayap wanita Kelantan berkumpul ketika ini sebagai tanda solidariti kuat dan kukuh dari pimpinan wanita dan rakan seperjuangan Keadilan dan Perkem (Gek) terus menyokong Haniza Talha.-MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Pendel kata sekarang ni ” TUN MAHATHIR SEORANG PELUPA” dan “AWAR PULA MUDAH LUPA”. Elok kita semua lupakan mereka. Lim Guan Eng puldk asyik terlupa.

  2. Korang jer yg bermatian sokong dia dr dulu..
    Dia ni tali barut yahudi..berselindung dibalik jangut n Islam.. negara hampir tergadai sbb dia..
    Sedar la weiii ahli2 pkr..tiada motif lain barua ni n anjing dap selain utk menarah harta negara bangsa n agama.
    Cukup2 la korang kena berak dgn dia..

Comments are closed.