Home Seni Hidup Periksa suhu sendiri, jalankan tanggungjawab!

Periksa suhu sendiri, jalankan tanggungjawab!

Notis pemberitahuan tentang memeriksa suhu badan kepada pelanggan yang berkunjung premis perniagaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 05 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Hampir sebulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, orang ramai semakin kelihatan tenang melakukan aktiviti seharian dengan norma baharu.

Walaupun telah beralih dari fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih lagi mengarahkan untuk orang ramai terutamanya pengunjung premis perniagaan untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Tinggalkan nama dan nombor telefon bagi memudahkan urusan mengesan kontak jika terdapat kes Covid-19 baru” tambahnya yang lebih dikenali sebagai Ayah Long Mail dalam kalangan netizen baru-baru ini.

Dek semakin sibuk dan ramai pengunjung, kini ada premis perniagaan yang meletakkan sahaja buku maklumat pengunjung dan juga alat pemeriksa suhu badan di pintu masuk premis.

Pelanggan yang memeriksa suhu badan sendiri di sebuah premis perniagaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 05 JULY 2020.

Tanggungjawab kini diletakkan atas bahu masing-masing, diharapkan setiap orang telus dan peka memikul amanah.

Namun kalau sudah namanya manusia ada segelintir pelanggan melepaskan tanggungjawab itu hendak pula tidak ada kakitangan premis menjaga pintu masuk.

Mungkin bagi mereka, ia satu peraturan yang membebankan atau leceh!

Tinjauan MalaysiaGazette di kedai-kedai berhampiran Kompleks Beli-Belah Sogo di sini mendapati segelintir sudah mula ‘berani’ melanggar SOP dan memandang ringan tentang inisiatif membendung penularan Covid-19.

Seorang pengunjung, Nur Shahirah Mohd Shair, 22, berpendapat, walaupun premis tidak menyediakan petugas menjaga pintu masuk sepanjang masa namun ia masih menjadi tanggungjawab setiap individu.

Pelanggan, Nur Shahirah Mohd Shair ditemubual ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 05 JULAI 2020.

“Pada pendapat peribadi saya, pihak kedai telah pun mengikuti SOP sepenuhnya, pengunjung sendiri yang kena bertanggungjawab”

“Mungkin agak remeh tetapi kalau ada kes baharu, memudahkan usaha mengesan kontak kes Covid-19. Tanpa maklumat tepat dari pengunjung, sukar untuk mencari punca virus tersebut,”  katanya.

Bagi seorang lagi pengunjung, Wan Hazmi Wan Jaafar, 46, pula lebih senang menggunakan aplikasi yang disediakan kerajaan, MySejahtera.

Pelanggan, Wan Hazmi Wan Jaafar di temu bual ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 05 JULAI 2020.

“Norma baharu sekarang, kita akan daftar MySejahtera, ambil suhu dan tulis nama sebelum masuk ke kedai.

“Untuk yang tak patuh arahan ini, kerajaan perlu ambil tindakan susulan yang sewajarnya” tambahnya.- MalaysiaGazette