Home Sukan Solskjaer tagih nasihat Forlan untuk khidmat Pellistri

Solskjaer tagih nasihat Forlan untuk khidmat Pellistri

Pellistri.

LONDON – Ole Gunnar Solskjaer sedang mengintai bintang muda Amerika Selatan, Facundo Pellistri untuk menguatkan jentera serangan Manchester United pada musim hadapan.

Pellistri merupakan bintang muda kelab Penarol yang sedang menyinar di Uruguay.

Pengurus Manchester United itu kini mendapatkan nasihat bekas bintang Red Devils, Diego Forlan yang menguruskan kelab Penarol.

Pemain berusia 18 tahun itu mempunyai klausa pelepasan 10 juta pound dalam kontrak bersama kelab tersebut sehingga tahun 2022.

Pemain sayap itu mempunyai kelajuan luar biasa dan menarik perhatian kelab elit termasuk Eropah.

Real Madrid dan Manchester City antara kelab yang dijangka menggugat minat Manchester United untuk mendapatkan pemain itu.

Pellistri fasih berbahasa Inggeris dan memiliki pasport Sepanyol.

Penarol bagaimanapun berdepan masalah untuk menolak tawaran lumayan dari Old Trafford yang begitu serius untuk mendapatkan Pellistri.- MalaysiaGazette