KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan berpandangan kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh mereka harus diteruskan dan tidak dibubarkan sekiranya pilihan raya umum tergempar diadakan sebelum tamat tempoh lima tahun.
Katanya, mereka konsisten dengan pendirian yang mahukan kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk membantu rakyat pasca Covid-19.
Keputusan berkenaan diambil selepas mengadakan mesyuarat pada hari ini.
Dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Pakatan Harapan memaklumkan mereka komited dengan pendirian asal untuk melantik Ahli Parlimen Port Dickson sebagai perdana menteri.
Mesyuarat juga katanya, turut membincangkan cadangan pencalonan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri.
“Majlis Presiden berpendirian semua usaha ke arah pengembalian mandat rakyat perlu dijalankan dan memerlukan sokongan semua pihak.
“Oleh yang demikian, Majlis Presiden memberikan mandat penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak termasuk Datuk Seri Shafie Apdal bagi menyempurnakan pengembalian mandat tersebut,” katanya.
Selain itu, Majlis Presiden memutuskan secara sebulat suara untuk menolak usul YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan Tan Sri Ariff Yusuf sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dan Nga Kor Ming sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette
Eleh.. klu berani sgt, bubar la kerajaan negeri sekali masa pru15 nanti. Kata nak dptkan mandat rakyat yg kukuh lagi ampuh.. bubar la..bubar la..
KENAPA PULAK NK DENGAR ATAU NAK IKUT CKP2 ORG PH NI….BOLEH BLAA…
Takut tuuu takde b**a
Orang PH nemang takut hilang jawatan takut tak dapat jadi menteri besar. Pasal membazir dan ambil duit raktat dia pandailah. Penyokong yang bodoh