KUALA LUMPUR – Penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Ir Dr Mohd Farriz Basar bersama pasukannya memenangi Geran Pembangunan Program Mengarusperdanakan Inovasi Akar Umbi (MaGRIs) 2020 bernilai RM 30,000 daripada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).
Keputusan pemilihan dan pengumuman pemenang ini telah dikeluarkan oleh pihak
YIM baru-baru ini.
Magris 2000 telah disertai lebih 500 projek dari seluruh negara manakala yang
disenarai pendek adalah sebanyak 15 projek dan 5 projek sahaja yang dipilih
sebagai pemenang untuk menerima hadiah tersebut.
Proses penilaiannya telah berlangsung pada 10 hingga 12 Jun lalu yang mana sesi
penilaian telah dijalankan secara atas talian dengan kumpulan penyelidik
membentangkan produk inovasi mereka seterusnya 5 inovasi terbaik telah
dinobatkan sebagai pemenang geran MaGRIs 2020.
Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, kejayaan
ini sekaligus berjaya melonjakkan nama UTeM terus diiktiraf dan diperakui di pentas
penyelidikan dan inovasi dalam negara.
Jelasnya, konsep semarak budaya penyelidikan UTeM pada segenap lapisan
peringkat di sini sememangnya sentiasa mendorong barisan penyelidik universiti ini
untuk terus menyerlahkan kepakaran yang dimiliki menerusi bidang masing-masing.
“Dengan penyelidikan dan inovasi berterusan sebeginilah akan terus memberikan
impak langsung kepada segenap dimensi pembangunan negara kita,” ujarnya lagi.
Kumpulan penyelidik ini terdiri daripada 2 orang ahli lagi iaitu penuntut UTeM Izzatie
Akmal Zulkarnain yang merupakan pelajar tahun 4 jurusan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan seorang lagi adalah Guru Kanan dari Maktab
Rendah Sains MARA Kem Terendak, Nor Hazana Abdul Razik.
Ir Mohd Farriz yang juga merupakan Timbalan Dekan Penyelidikan dan
Inovasi dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) UTeM
berkata, kejayaan kumpulan penyelidik ini memenangi geran penyelidikan tersebut
adalah menerusi produk yang dikenali sebagai Electrical Engineering Learning Kit for
STEM Application (LEKIT).
Katanya, inovasi ini mengukuhkan pemahaman tentang konsep asas dalam bidang
elektrik dan buku ini boleh dijadikan kit pembelajaran dan bahan rujukan utama
kepada pelajar sekolah rendah mahupun menengah.
“Ianya juga sesuai untuk pelajar peringkat diploma dan juga ijazah dalam jurusan
teknologi dan kejuruteraan kerana projek yang dijelaskan dalamnya merangkumi
konsep asas kejuruteraan elektyrik yang dipelajari dalam subjek wajib semasa tahun
1 dan 2 pengajian,” ujarnya lagi.
Mengulas lanjut beliau berkata, dengan hasil inovasi tersebut maka
permasalahan seperti pelajar sekolah yang kurang berminat dengan STEM
dan tidak faham dengan konsep sains dan fizik serta kesukaran mendapatkan
alat bantuan mengajar yang sesuai untuk subjek sains, fizik dan kejuruteraan
dapat diatasi dengan bantuan inovasi ini. – MalaysiaGazette