Home Utama Polis siasat Al Jazeera

Polis siasat Al Jazeera

Mior Faridalathrash Wahid.

KUALA LUMPUR – Polis memulakan siasatan berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menjalankan siasatan susulan laporan yang dibuat Jabatan Imigresen di Balai Polis Presint 7 Putrajaya.

“Kita telah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Siasatan dijalankan polis kontinjen Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima laporan yang dibuat oleh seorang wanita berhubung isu sama di Putrajaya pada kira-kira 9 pagi tadi.

Mior Faridalathrash berkata, pengadu membuat laporan selepas menonton video dokumentari itu di laman YouTube dan keterangannya telah diambil.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19.

Bernama hari ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, laporan yang dikeluarkan agensi berita tersebut yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin adalah tidak tepat dan siasatan lanjut sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu agensi berita antarabangsa itu memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menyiarkan fakta tidak benar dan mengelirukan. – BERNAMA

4 Komen

  1. atok madey dah cakap yg dia akan gunakan media asing utk jatuhkan kerajaan…

  2. Gadaffi jatuh sebab….al jazeera
    Saddam jatuh sebab..al jazeera
    Negara2 arab bersengketa sebab…al jazeera
    Kini….Malaysia……
    Perlukah kita tunggu utk bertindak???
    Teruskan PDRM.

    NYAHKAN PEMFITNAH TERBESAR DUNIA INI DARI MALAYSIA INI.

  3. Al Jazeera, Mehdi Hassan adalah seorang Syiah. Kerja Syiah memang begitu. Dari zaman Nabi Muhammad lagi mereka melakukan fitnah terhadap umat Islam sehingga umat Islam bergaduh antara satu sama lain. Itu sebab lah Salahuddin Al Ayubi menyerang Fatimid Empayar yang jelas menjadi talibarut Kristian Crusader yang menyebabkan jatuhnya Jerusalem ke tangan Crusader.
    Syiah adalah Munafik. Al Jazeera adalah Channel para Munafik.

Comments are closed.