Home Nasional SPRM cari Mohammad Amiruddin

SPRM cari Mohammad Amiruddin

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Teluk Intan, Perak sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan melibatkan kes tuntutan palsu.

Lelaki tersebut, Mohammad Amiruddin Saleh, 36, mempunyai alamat terakhir di 2R, Jalan Ismail Off Jalan Yahya Awal, 80100, Johor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohammad Amiruddin diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Norsyuhada Samsudin di
talian 012-529 3753 / 05-623 1982 atau e-mel ke alamat [email protected]