Pendaftaran Perikatan Nasional (PN) secara rasmi hanya boleh dimuktamadkan jika mendapat kerjasama daripada semua parti yang bernaung di bawahnya.
Menurut Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hamzah Zainuddin, sebelum PN didaftarkan, setiap parti perlu mencapai persetujuan di peringkat parti masing-masing.