Home Dunia China buka ibu pejabat agensi keselamatan di Hong Kong

China buka ibu pejabat agensi keselamatan di Hong Kong

Hotel Metropark, Hong Kong dijadikan ibu pejabat agensi keselamatan China, foto Agensi

HONG KONG – China sudah membuka ibu pejabat baharu agensi keselamatannya yang akan beroperasi secara terbuka di Hong Kong untuk pertama kalinya di bawah undang-undang baharu yang diperkenalkan.

“Pejabat untuk menjaga keselamatan nasional kerajaan pusat rakyat di wilayah pentadbiran khas Hong Kong dirasmikan pada pagi Rabu,” kata agensi berita, Xinhua.

Pejabat baharu itu terletak di Hotel Metropark, bangunan pencakar langit yang menghadap Victoria Park.

Polis menyekat jalan-jalan di sekitar hotel dan mengepungnya dengan halangan berisi air.

Bendera China dinaikkan di luar bangunan sementara sebuah papan tanda lambang Republik Rakyat China juga dipasang semalam.

Beijing melaksanakan undang-undang keselamatan baharu di Hong Kong minggu lalu yang mensasarkan tindakan penindasan, pemisahan, keganasan dan pakatan asing.

Undang-undang ini adalah perubahan paling radikal dalam kebebasan dan autonomi Hong Kong sejak Britain menyerahkan kota itu kembali ke China pada tahun 1997.

Kandungan undang-undang tersebut dirahsiakan sehingga dipersetujui oleh perundangan Hong Kong.

China memaklumkan akan memiliki bidang kuasa ke atas kes-kes yang paling serius, mengatasi perundangan yang sudah ada antara mahkamah yang dikuasai partinya dan kehakiman bebas Hong Kong sejak penyerahan dari Britain pada tahun 1997.

Di antara peruntukan yang terkandung oleh undang-undang baharu ini adalah membenarkan sistem keselamatan China beroperasi secara terbuka di Hong Kong, dengan kuasa menyiasat dan mendakwa jenayah-jenayah keselamatan nasional. – MalaysiaGazette