Home Sukan EPL: Chelsea lonjak tangga ketiga

EPL: Chelsea lonjak tangga ketiga

Pulisic menjaringkan gol kedua buat Chelsea.

LONDON – Chelsea berjaya melonjak ke kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang 3-2 ke atas Crystal Palace di sini, awal pagi tadi

Skuad kendalian Frank Lampard semakin hampir memburu tempat ke Liga Juara-Juara musim depan apabila memintas satu mata di depan Leicester City dan jurang lima mata di depan pasukan kelima, Manchester United.

Skuad The Blues membuka jaringan awal selepas Willian melorongkan bola buat Olivier Giroud meledak jaringan keempat dalam enam perlawanan.

Christian Pulisic menambah jaringan kedua Chelsea apabila penyerang berusia 21 tahun dari Amerika Syarikat itu mengatasi Joel Ward dan meledak ke penjuru gawang.

Namun Wilfried Zaha tampil meledak mengatasi Kepa Arrizabalaga buat gol pertama Palace dalam empat perlawanan sebelum Chelsea seperti mengesahkan tiga mata apabila pemain gantian Ruben Loftus-Cheek dan Tammy Abraham bergandingan untuk mengekalkan kelebihan dua gol 19 minit sebelum tamat.

Hanya seminit selepas itu, Palace kembali dalam permainan apabila Patrick van Aanholt melorongkan bola buat Christian Benteke menjaringkan gol keduanya musim ini. – MalaysiaGazette