KUALA LUMPUR – Pemimpin dan akar umbi UMNO di seluruh negara tidak dapat menerima kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad bahawa UMNO Sabah sebagai tidak laku.
Kenyataan itu ternyata cukup biadap, angkuh dan tidak mencerminkan realiti.
Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan mempersoalkan mengapa seorang Menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu memperkecil parti yang menang 54 kerusi pada PRU14.
Tegasnya, UMNO tak perlu menjustifikasi kekuatannya termasuk keputusan Pilihan Raya Kecil di Kimanis yang sudah cukup sebagai bahan bukti bahawa UMNO bukan sekadar “laku”, malah dalam proses kebangkitan yang berterusan.
“Persoalannya bukan sama ada UMNO “laku” atau tidak. Persoalannya, mengapa seorang Menteri bejawatan di PPBM tergamak mencemuh seorang rakan kongsi besar dalam kerajaan hari ini?
”Persoalannya, mengapa seorang Menteri berjawatan di PPBM tiada rasa segan silu setelah melompat meninggalkan kapal sewaktu susah, malah tidak langsung berterima kasih kepada jentera dan institusi yang memenangkan beliau di Mersing?
Shahril mengingatkan kerjasama antara parti yang membantu kerajaan hari ini adalah kerjasama baharu dan belum sempurna.
Katanya, jika mahu kerjasama ini bertambah kukuh, pertama perlu ada keikhlasan dan kedua perlu ada sifat saling menghormati.
Kenyataan seperti yang dikeluarkan Menteri itu langsung tidak membantu malah mengeruhkan situasi.
Tambahnya, UMNO telah banyak berkorban dan berjiwa besar setelah kejatuhan Pakatan Harapan (PH) dan tidak perlu disenarai tetapi sesiapa yang mengikuti perkembangan politik akan tahu bahawa UMNO memaparkan keikhlasan dan meletak ego ke tepi demi kepentingan rakyat yang dianggap lebih besar dari kepentingan parti.
“Tetapi jangan uji kesabaran UMNO seolah-olah kami hanya penumpang yang boleh dicemuh sesedap rasa. Sebaliknya, PPBM perlu juga memaparkan keikhlasan yang sama,” tegasnya.
Serentak itu, beliau mahu pimpinan Bersatu boleh respons terhadap perkara ini dan segera memperbetul keadaan.
”Jika pimpinan PPBM hanya diam seribu bahasa dan membiarkan perkara ini berlalu tanpa tindakan, maka UMNO tiada pilihan selain menganggap kenyataan Menteri KPLB mewakili PPBM dan bukan sekadar kesilapan besar seorang individu.
”Di saat itu, pimpinan PPBM boleh congak sendiri apa potensi kesannya jangka pendek dan panjang,” ujarnya sambil memberitahu UMNO Sabah juga adalah keluarga besar UMNO.
Cubit peha kiri, peha kanan terasa, katanya penuh makna. – MalaysiaGazette
Kita kena ajar MP katak yang lupa asal usul. Umno akan bertanding di PARLIMEN MERSING.
UMNO perlu sedarkan diri daripada ditipu madey si tua gila kuasa,
UMNO perlu menyiapkan diri dan mengatur strategi bersama PAS untuk mengharungi PRU yg ke 15,
Kerjasama yg terjalin diantara UMNO dan PAS yg dikenali sbg MUAFAKAT NASIONAL perlulah dijaga dengan baik,
Apabila parlimen dibubarkan,UMNO perlu melupakan PPBM jika mahu mendapat mandat rakyat terutamanya sokongan daripada org2 Melayu,
Menang 53 kerusi……tapi tunduk kpd parti yg baru bertunas
Bukn saja x laku tp haprak