“Kenapa tanya saya masih (ahli) Bersatu atau tidak? Mengapa ada perkataan “masih”?” soal Menteri Kanan Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali ketika ditanya mengenai status keahliannya dan apakah benar beliau telah menubuhkan parti baharu.
“Saya tidak tahu apa-apa mengenai penubuhan parti baharu. “Siapa kata ada parti baharu?
“Sudah pasti saya tidak pernah menghantar sebarang permohonan untuk menubuhkan parti baharu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” tegasnya.