Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 adalah hak parti pembangkang.
Malah Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana tindakan itu juga tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan.
Jelas beliau, tidak menjadi kewajipan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk menghadap sultan bagi memohon pembubaran DUN selepas Parlimen dibubarkan. “Ia sangat mudah kerana negara ada perlembagaan untuk proses pembubaran. Jika Menteri Besar tidak pilih untuk bubar, DUN tidak akan bubar.