Kementerian Alam Sekitar dan Air memberi jaminan akan berusaha memendekkan tempoh proses penambahbaikan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) yang akan dilakukan oleh pihak agensi bermula 14 Julai nanti.
Menterinya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam masa yang sama mengingatkan penduduk di kawasan-kawasan yang akan berhadapan dengan masalah bekalan air selama tiga hari kelak menyediakan bekalan air secukupnya.