Home Utama Edmund tak setuju pengacara Bernama dikenakan tindakan

Edmund tak setuju pengacara Bernama dikenakan tindakan

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Seri Dr.  Edmund Santhara Kumar melahirkan rasa kesalnya pengacara Bernama TV dikenakan tindakan kerana menggelar Al-Jazeera sebagai ‘Al-Jahiliyah’.

Walaupun beliau tidak bersetuju dengan terma yang digunakan oleh pengacara tersebut namun hukuman bukan caranya.

“Mungkin terma yang digunakan oleh pengacara Harleena Pahlavy ketika program bual bicara Bernama TV, Malaysia Petang Ini itu tidak begitu tepat sebaliknya boleh menggunakan perkataan lain bagi memberi gambaran tersebut.

“Namun hakikatnya ini juga soal maruah negara, soal Malaysia. Dokumentari Itu telah menyebabkan secara umumnya rakyat Malaysia marah dan tercabar. Itu juga tidak betul.

“Seandainya pengacara ini sesuka hati bercakap, benarlah tindakan tegas perlu dikenakan tapi tidaklah dalam isu ini.

“Mungkin adalah lebih tepat untuk memberi nasihat dan amaran kepadanya agar perkara Itu tidak berulang bukanlah terus ambil tindakan. Tidak betul,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurut Edmund, layanan secara adil perlu juga diberikan kepada pengacara tersebut dan jangan tunduk kepada agensi berita antarabangsa yang menerbitkan dokumentari melibatkan berita palsu walaupun ia Al Jazeera.

“Fakta harus betul, niat berita patutnya lebih penting dari jalan cerita.

“Kalau niatnya ialah nak menggambarkan yang salah, maka yang dianggap salah sahaja yang dilaporkan. Agensi berita harus menjalankan siasatan.

“Yang keduanya, semak fakta dgn agensi kerajaan berkaitan dan akhirnya membuat pengesahan fakta dengan kemeterian dan barulah membuat berita yang seimbang, mendapat perspektif, warga asing, warga tempatan, agensi kerajaan dan kementerian,” ujarnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Makna kebebasan bersuara Al Jazeera

1 Komen

  1. Kicap cap kipas udang nie pon ada story. Bernama melaporkan kematian Datok Lambak bin Mohamad sebagai pengasas cap kipas udang. Sdg allahyarham cuma pemegang franchais saja sjk 1985 dari waris pengasas sebenar iaitu pd jenama Kicap itu sdiri Habhal singkatan Hj Ahmad bin Hj Abd Latif berasal dari Tengkera Melaka dan bermastautin di Singapura sjk 1945, tapi apa yg Bernama buat selepas dibuat aduan, diam tak buat apa2 supaya mana mana pengamal media dlm dan luar negara yg memetik lapuran itu terus menyebarkan berita palsu. Ini bukan pertama kali Bernama melaporkan berita palsu.

Comments are closed.