PELABUHAN KLANG – Demi kestabilan politik, lebih baik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali kepada UMNO, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Malah beliau mengalu-alukan penyertaan semula Muhyiddin.
Beliau berkata, UMNO juga akan terus meyokong kepimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri selepas beliau menyertai parti itu kelak.
“Bagi saya dan ramai juga pemimpin-pemimpin UMNO, kita kalau boleh mahu Tan Sri Muhyiddin menyertai UMNO.
Kita akan sokong dia untuk terus menjadi Perdana Menteri kerana dia pun bekas pemimpin UMNO. Baliklah, sirih pulang ke gagang.
“Untuk kestabilan politik elok kalau dia menyertai UMNO,” katanya yang juga Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) ketika ditemui selepas membuat lawatan ke fasiliti Hartasuma di Pulau Indah hari ini.
Mengulas lanjut, Tajuddin yang pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut dua bulan lepas berkata, Muhyiddin sendiri telah menyatakan bahawa beliau sendiri bukanlah mahu menjadi Perdana Menteri selamanya.
Katanya, selepas Muhyiddin ahli-ahli UMNO untuk menentukan sesiapa dari parti itu untuk menjadi perdana menteri seterusnya.
“Beliau boleh terus menjadi Perdana Menteri tidak ada masalah, selepas dia esok esok (akan datang) siapa siapalah. Ada pemimpin UMNO yang lain yang boleh memimpin dia pun bukannya nak selama-lamanya kan.
“Tan Sri Muhyiddin pun beritahu selepas saya (jadi Perdana Menteri) sesiapalah daripada UMNO. Yang ada dalam UMNO sekarang yang tidak lompat-lompat,” katanya.
Tajuddin jua berkata, Muhyiddin tidak perlu risau kerana dengan menyertai UMNO beliau akan dapat membentuknya Kabinetnya sendiri dan melakukan yang terbaik untuk negara serta rakyat.
“Sekarang pun beliau telah tunjuk komitmen dan kemampuan dia untuk menjadi seorang perdana menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mencadangkan Muhyiddinn perlu kembali menyertai UMNO dan mengukuhkan parti terbesar orang Melayu itu.
Nazri dipetik Astro Awani sebagai berkata, banyak masalah akan dapat diselesaikan ternasuklah pembahagian kerusi antara UMNO dan Pas sekiranya Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kembali semula kepada parti itu.
Malah beliau turut mencadangkan Muhyiddin diangkat menjadi Presiden UMNO untuk menerajui parti itu.-MalaysiaGazette
muhyidin memang ahli umno yang tuk tuk. najib yang singkir dia. sekarang kalau najib pindah kesungai buluh. muhyidin boleh ambil aleh tempat najib. mungkin umno akan pulih kalau muhyidin teraju umno. tapi perlembagaan umno masih seperti lama juga. muhyidin akan ikut sistem umno kembali. kroni pilih kasih salah guna kuasa. gst pun akan menyusul untok merompak harta rakyat.
Banyak sangat kenyataan yg keluar akhir2 ini.Yg sembunyi dlm gua pun tiba2 muncul,Mesti ada benda yg mereka nakkan…Politik kebendaan.bukan prinsip..
Agree.
Setakat ini, apalah sgt. politik ni hari ini kwn, esok lawan. hari ni lawan, esok kwn. dulu kau penjara aku, hari ni kita dlm barisan yg sama. lepas tu bercerai balik. So, kita2 ni xperlu nak heran sgt. Apa yg baik kita alu2kan. x perlu sibuk psl siapa ke sg buloh. isu gst bagai, yg hapuskan gst pun memerintah xlah se gah mana. Cakap je pandai.