Home Sukan EPL: Greenwood mengganas, jaring gol ke-16

EPL: Greenwood mengganas, jaring gol ke-16

Foto Agensi.

BIRMINGHAM – Manchester United terus melebarkan rekod tanpa kalah kepada 17 perlawanan dengan kemenangan 3-0 di Aston Villa, awal pagi tadi.

United menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) memenangi empat perlawanan berturut-turut dengan jurang tiga gol manakala Mason Greenwood membuktikan dia penyerang dalam pembikinan selain dibantu penalti kontroversi Bruno Fernandes untuk gol pertama.

Malah Paul Pogba menjaringka gol pertamanya dalam tempoh lebih setahun yang membantu United menghampiri kelompok empat teratas dengan jurang satu mata.

Pogba terlepas majoriti aksi musim ini sebelum penangguhan pandemik COVID-19 kerana kecederaan namun kemunculan semula dan kehadiran Fernandes pada Januari lalu serta kemunculan Greenwood mengubah nasib United.berkenaan Pogba dan skuad kendaliannya.

United kini ketinggalan dua mata di belakang Chelsea di tempat ketiga dan satu mata di belakang Leicester City di tempatan keempat dengan berbaki empat perlawanan liga. – MalaysiaGazette

+ posts