KUALA LUMPUR – Tindakan usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 35, yang berani memuat naik video dan gambarnya memakai bikini yang seksi dan keterlaluan terus mendapat perhatian ramai.
Selepas Pencetus Ummah (PU) Amin menyeru netizen supaya memboikot usahawan itu, kini Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri merayu agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera mengambil tindakan agar perbuatan keji itu tidak diteruskan.
“Gambar terbaru jantan berbikini ini sangatlah meloyakan anak tekak saya, mane nak letak maruah kamu sebagai seorang muslim!
“Mabrurah sangat umrah yang kamu buat sebelum PKP haritu ye? Sampai bila kamu nak menunjukkan asset-aset palsu milik kamu?
“Saya sampai sekarang masih menunggu dan menanti sejak zaman BN , kemudian PH dan sekarang PN untuk pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada beliau, untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar pada masa akan datang kepada rakyat Malaysia,” tulisnya di Instagram miliknya.
PU Syed turut menyifatkan Sajat lebih bahaya daripada Covid-19 dan berharap pihak berkenaan selesaikan isu tersebut dengan segera.
Beliau turut meminta agar semua memboikot produk dan perniagaannya untuk memberi pengajaran kepadanya.
“Tolonglah JAKIM dan PDRM selesaikan virus yang lebih bahaya dari Covid-19 ini. Dia diberi kekayaan sehingga lupa halal dan haram. Dia diberi kemasyhuran, namun semuanya terpalit dengan pendustaan terhadap hukum agama
“Ya Allah, jika disebabkan kekayaan yang ada padanya, menjadikan dia lupa kepadaMu, tariklah balik kurniaan itu. Wajib Boikot produk-produk miliknya.
“Ingat, siapa yang beli produk-produknya, bermaksud, anda menyokong segala aktiviti-aktiviti melanggari syariat yang telah dia lakukan! Dalam tak sedar, kalian juga akan mendapat saham dosa kering,” katanya lagi. – MalaysiaGazette