Dalam satu kenyataan, MPOB berkata stok minyak sawit yang diproses merosot 15.79 peratus bulan ke bulan kepada 873,98 tan dalam tempoh berkenaan tetapi bekalan minyak sawit mentah (MSM) mengukuh 3.56 peratus bulan ke bulan kepada 1.03 juta tan.
Sementara itu, pengeluaran MSM meningkat 14.19 peratus bulan ke bulan kepada 1.89 juta tan daripada 1.65 juta tan sebelumnya.
MPOB berkata eksport minyak sawit meningkat 24.91 peratus bulan ke bulan pada Jun 2020 kepada 1.71 juta tan daripada 1.37 juta tan sebelumnya.
Eksport kek isirung sawit mengembang sebanyak 66.23 peratus bulan ke bulan kepada 317,534 tan, minyak isirung sawit meningkat 25.44 peratus bulan ke bulan kepada 94,144 tan sementara eksport oleokimia naik 17.81 peratus bulan ke bulan kepada 274,391 tan.
Sementara itu, jumlah eksport biodiesel merosot 14.1 peratus bulan ke bulan kepada 16,022 tan.
Untuk import pula, MPOB berkata import MSM mengecil sebanyak 20.97 peratus bulan ke bulan kepada 13,897 tan pada Jun sementara jumlah import minyak sawit mengembang 31.64 peratus kepada 48,841 tan. – MalaysiaGazette