Selepas enam jam diambil keterangan enam kakitangan agensi berita Al Jazeera akhirnya dilihat meninggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Kesemua mereka dilihat keluar dari ibu pejabat polis itu bersama peguam pukul kira-kira pukul 3 petang.
Antara yang diambil keterangan dalam siasatan itu wartawan Al Jazeera, Drew Ambrose, juruvideo, editor dan produser yang dikatakan terlibat dalam pembikinan laporan kontroversi yang disiarkan baru-baru ini.