Home Dunia Akhirnya Trump pakai pelitup muka

Akhirnya Trump pakai pelitup muka

Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON -Buat pertama kali sejak berlaku pandemik Covid-19, Presiden Donald Trump memakai pelitup muka buat kali pertama di khalayak ramai.

Beliau berbuat demikian semasa melawat Hospital Tentera Walter Reed untuk bertemu dengan askar yang cedera dan kakitangan kesihatan.

“Saya tidak pernah menentang pemakaian pelitup muka tetapi saya percaya ia perlu dipakai di tempat yang sesuai,” katanya ketika meninggalkan White House.

Trump sebelum ini mempertahankan dirinya untuk tidak memakai pelitup muka dan menyindir Joe Biden, pesaingnya dalam merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat kerana berbuat demikian.

“Saya rasa ketika anda berada di hospital, terutama dalam suasana tertentu, yang mana anda bercakap dengan banyak anggota tentera dan orang-orang yang terlibat dalam beberapa kes, baharu saja selesai dalam pembedahan, saya rasa sangat bagus untuk memakai topeng,” tambahnya.

Trump menambah, beliau suka melihat wajahnya dengan memakai pelitup muka itu, menyamakan dirinya dengan Lone Ranger, seorang pahlawan bertopeng fiksyen yang bersama rakannya, Orang Asli Amerika, Tonto, bertarung dengan American Old West.

Kenyataan Trump itu berbeza ketika Pusat Pengendalian Penyakit Amerika Syarikat mengesyorkan orang ramai memakai pelitup muka di khalayak ramai untuk membantu menghentikan penyebaran virus.

Trump ketika memberi respons berkata, beliau tidak akan mempraktikkannya.

“Saya tidak fikir saya akan melakukannya.

“Memakai topeng muka ketika saya menyambut presiden, perdana menteri, diktator, raja, permaisuri – saya tidak akan melakukannya” katanya ketika itu. – MalaysiaGazette