Home Dunia Covid-19: Brazil lepasi 1.8 juta kes jangkitan

Covid-19: Brazil lepasi 1.8 juta kes jangkitan

Petugas memakai pakaian khas ketika menguruskan kematian mangsa Covid-19 di Vila Formosa, Sao Paulo, Brazil. foto REUTERS

RIO DE JANEIRO – Brazil kini menjadi hotspot kedua wabak koronavirus selepas Amerika Syarikat yang mencatatkan 1,071 kematian baharu pada hari Sabtu.

Dengan angka terbaharu itu, jumlah kes kematian Covid-19 di Brazil adalah 71,469.

Setakat ini jumlah kes Covid-19 yang disahkan adalah sebanyak 1,839,850, kata Kementerian Kesihatan. – MalaysiaGazette