KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendedahkan Datuk Seri Shafie Apdal merupakan menteri Sabah yang paling banyak meminta tender terpilih kepada Kementerian Kewangan sebelum ini.
Malah kata beliau, sekiranya permintaannya ditolak, Shafie yang yang juga bekas MenteriĀ PembangunanĀ Luar BandarĀ akan mengemukakan surat rayuan.
“Jarang ada orang tulis surat rayuan untuk ini. Tidak ada Menteri lain seperti dia. Sehingga surat-surat permohonan untuk tender terhad dan surat rayuan ida bertimbun-timbun di Kementerian Kewangan.
“Dan sehingga dia bengang dengan kita kerana kita sering tolak permintaan-permintaan dia masa itu,” katanya menerusi laman Facebook.
Najib yang merupakan bekas Menteri Kewangan mendakwa, menerusi pencalonannya menjadi Perdana Menteri ke sembilan oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad, Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah berpeluang untuk meluluskan tender terpilih dengan sewenangnya mengikut kehendak beliau sekiranya berjaya mendapat jawatan tersebut.
“Bila dia jadi PM9 PH Plus, boleh lah dia luluskan permintaan tender-tender terhad dia sendiri pada masa depan seperti apa yang dia sering buat sebagai Ketua Menteri PH Plus Sabah masa kini. Bolehlah dia berhenti tulis surat rayuan masa itu,” tambahnya.
Selepas Pakatan Harapan secara rasminya menyatakan pendirian untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir dan lima lagi Ahli Parlimen kemudian menegakkan cadangan tidak rasmi mereka sebelum ini.
Dr Mahathir bertegas untuk memilih Shafie sekaligus membuat keputusan untuk kekal bersama Warisan sebagai blok bebas di dalam dan di luar Parlimen. – MalaysiaGazette
Elok atuk pilih shafie… Sama2 banyak makan tepi tuk anak2 dan kroni…
Apalah bosskur ni.
Sebagai pemimpin baguslah tu nak minta projek utk kawasan @ negeri nya.
Makna nya dia pemimpin yg bekerja utk rakyat.
Yang masalah nya.
Minta projek utk beri komisyen bini & anak tiri.
Bukan saja merugikan wang rakyat bahkan satu penyalahgunaan amanah.
Adakah bosskur sedar ke tak.
Tapi yg pelik nya parti lebai & anak pak kiyyai pun sokong sama dalam kapal yg sama.
Ohhhhh dunia….dah dipenghujung.
Ramai ulama suk.
Komen yang bagus
Menteri lahabau lah tu…selama dia jadi menteri luar bandar apa yg dia buat utk negeri sabah????…kumpul duit poket saja lah..mari datang sini daerah Beaufort…apa dia buat masa jadi menteri luar bandar utk selesaikan masalah bekalan air bersih di beaufort????sampai dia jadi ketua menteri sabah pun sekarang..masalah bekalan air bersih pun tak selesai…itu macam ka org yg mau jadi PM?