Home Nasional Bukit Aman percepat lengkapkan kertas siasatan dokumentari Al Jazeera

Bukit Aman percepat lengkapkan kertas siasatan dokumentari Al Jazeera

Deputi Komisioner, Mior Faridalatrash Wahid.

KUALA LUMPUR – Polis akan mempercepatkan proses melengkapkan kertas siasatan yang membabitkan dokumentari yang disiarkan agensi berita, Al-Jazeera bertajuk  ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang didakwa mengandungi unsur menghasut.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Undang-undang) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan itu akan cuba diselesaikan seawal minggu ini untuk dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kita selesai memanggil dan merakam keterangan daripada kesemua tujuh kakitangan Al-Jazeera Jumaat lalu.

“Kita akan selesaikan, percepatkan proses untuk lengkapkan kertas siasatan kes untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut ya,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Ditanya mengenai pencarian warga Bangladesh, Rayhan Kabir yang mendakwa warga asing dilayan seperti binatang oleh pihak berkuasa, Mior Faridalathrash berkata, ia masih dilakukan dan beliau meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya. – MalaysiaGazette

Siasatan Al Jazeera atas arahan AG kerana wujud unsur hasutan