Home Nasional “Dah jadi pembangkang baru nak cerdik” – Azeez

“Dah jadi pembangkang baru nak cerdik” – Azeez

azeez rahim Rahim forfeiture corruption
Abdul Azeez Rahim

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyindir beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang dilihat cuba mempertikai jawapan yang diberikan menteri ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Ungkapan “Dah jadi pembangkang baru nak cerdik” keluar dari mulut Abdul Azeez dan ia ditujukan olehnya kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Selain itu, pertikaian yang diutarakan pembangkang mengenai jawapan juga dibalas dengan sindiran sinis.

Perkara itu dikembalikan semula oleh Abdul Azeez ekoran pembangkang (Pakatan Harapan) semasa menjadi kerajaan sering memberikan jawapan yang langsung tidak konsisten mengenai sesuatu pertanyaan. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Dulu PH suka buli dan mengejek UMNO dan PAS. Sikit-sikit 1MDB, pencuri, perompak dan sebagainya. Jarang sekali PH mahu menyelesaikan masalah rakyat. Apa sudah yang terjadi hari tidak lain dan tidak bukan sesuai dengan peribahasa berikut:
    “Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas”

  2. Selama lamanye pH mmg xkan cerdik… Hanya di sebabkan tamak haloba…. Kerana kepentingan seseorang tuk berkuasa… Ditambah ade nya DAP… Hbs agenda islam di sekat DAP… Buang PH jauh2 dr putrajaya

Comments are closed.